KERANGKA KEKUDA KELULI COLD-FORMED
DELTA INOVASI ENT. adalah sebuah syarikat yang terlibat dalam industri pembinaan. Bergerak di bawah bimbingan pihak MARA, kami adalah pengeluar Kerangka Kekuda Besi Keluli Ringan dan Pusat Latihan Kemahiran Installer di bawah Program Pembangunan Usahawan IBS. IBS (Industrialised Building System) adalah merupakan sistem yang diperkenalkan oleh kerajaan dalam industri pembinaan. Seiring dengan ini, kami berhasrat untuk menyokong Dasar Kerajaan untuk Industri IBS sehingga 70% dalam Agenda Nasional (2009 - 2010). Jika ini berhasil, ia sekaligus mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing yang mengaut beribu-ribu ringgit mengalir ke negara mereka.
Kerangka Kekuda Keluli Cold-Formed
Keluli Cold-Formed adalah merupakan keluli yang dihasilkan dari proses hot deep dan celupan anti-karat. Ianya dapat menahan beban yang besar seperti anggota bumbung, tiang dan sebagainya. Pada kebiasaannya, industri pembinaan menggunakan kekuda konvensional seperti kayu dan mild steel sebagai struktur utama kekuda bumbung. Namun begitu, terdapat masalah yang timbul dari kaedah-kaedah ini. Bekalan terhadap kayu kini sudah berkurangan. Kualiti kayu pula pada masa kini tidaklah begitu seragam. Ini adalah beberapa faktor yang mengundang kepada masalah anggota bumbung. Mild Steel Trusses yang diguna kini juga mempunyai banyak masalah. Antaranya ;
- Masalah Pengaratan.
- Terlalu Berat dan Sukar Dikendalikan.
- Pembaziran Bahan.
- Memerlukan Ruang Fabrikasi Yang Tertutup.
- Kerja Kimpalan Yang Memerlukan Kemahiran.
- Fabrikasi dan Pemasangan Lambat.
- Harga Yang Mahal.
- Perlu Dicat.
Faktor-faktor yang disebutkan di atas telah menemukan industri ini dengan kaedah alternatif baru iaitu Kekuda Keluli Cold-Formed. Antaranya kelebihan kekuli ini adalah ;
- Ringan dan Mudah Dikendalikan.
- Kerja Pembinaan Kering Dan Bersih.
- Kualiti Bahan Yang Terkawal.
- Tidak Memerlukan Fabrikasi Logam dan Cat.
- Pemasangan Yang Cepat.
- Menjimatkan Kos Bahan.
- Sumber Bahan Yang Stabil.
- Rekabentuk Yang Pelbagai.
0 ulasan:
Catat Ulasan